Monday, March 29, 2010

PERANAN VIDEO DALAM P & P

Perkembangan teknologi canggih mampu memberikan kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk grafik,media teks ,audio atau video.

Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Bagaimanapun format video berubah mengikut perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video , cakera video dan klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian computer.

Menurut sebuah artikel di laman sesawang , video mampu memberi manfaat kepada pelajar . Katanya :

“ with video as component in a thoughtful lesson plan, students often make new connections between curriculum topics , and discover links between these topics and the world outside the classroom.” (http://www.thirteen.org)

Elemen- elemen lain yang terdapat dalam video mampu memberikan impak dalam proses pengajaran & pembelajaran supaya menjadi lebih menarik serta mewujudkan satu pengalaman yang baru .

Astro telah melancarkan projek rintis “ Kampung Astro bersama Komuniti Sekolah “ yang memberi kemudahan peralatan untuk mengakses saluran terpilih untuk tujuan tersebut. Malah kementerian sendiri melalui laman sesawang EduWebTV( www.eduwebtv.com) menyediakan pelbagai rancangan untuk dimuat turun oleh guru dan pelajar dalam sesi P& P.memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyusun strategi kea rah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka.

Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran , kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kritis dan kreatif dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertimana yang dikehendaki dalam Falsafah pendidikan Negara.

Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta menjadikan aktiviti pembelajaran itu meyeronokkan kepada pelajar- pelajar.

sumber dari : Dr.Ismail Zain (Utusan Malaysia)

No comments:

 

SJK (C) SHANG CHENG | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates