Tuesday, May 25, 2010

TEMA HARI GURU 2010

Tema Hari Guru pada tahun ini masih sama seperti tahun lepas iaitu Guru Pembina Negara Bangsa

Lirik Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Download lagu tema Hari Guru 2010 dan minus one

SELAMAT HARI GURU


Selamat Menyambut Hari Guru Malaysia

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Sambutan Hari Guru Malaysia

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Sekali lagi, Selamat Hari Guru dan sekian terima kasih.


sumber dari http://www.cikgublog.com



Sunday, May 09, 2010

HARI SUKAN (08052010)























































































































Venue :Padang Sekolah
Masa :8.00am-11.00am
Tarikh : 08 May 2010

Hari Sabtu bersamaan 08 Mei 2010 . SJK (C ) Shang Cheng mengadakan sukan tahunannya dan prasekolah ikut serta menyertai temasya sukan itu. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan temasya sukan tersebut.Temasya sukan ini dihadiri oleh ibu bapa,murid-murid,pihak PIBG sekolah guru-guru serta bekas murid-murid sekolah.

 

SJK (C) SHANG CHENG | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates