Monday, March 29, 2010

PERANAN VIDEO DALAM P & P

Perkembangan teknologi canggih mampu memberikan kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk grafik,media teks ,audio atau video.

Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Bagaimanapun format video berubah mengikut perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video , cakera video dan klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian computer.

Menurut sebuah artikel di laman sesawang , video mampu memberi manfaat kepada pelajar . Katanya :

“ with video as component in a thoughtful lesson plan, students often make new connections between curriculum topics , and discover links between these topics and the world outside the classroom.” (http://www.thirteen.org)

Elemen- elemen lain yang terdapat dalam video mampu memberikan impak dalam proses pengajaran & pembelajaran supaya menjadi lebih menarik serta mewujudkan satu pengalaman yang baru .

Astro telah melancarkan projek rintis “ Kampung Astro bersama Komuniti Sekolah “ yang memberi kemudahan peralatan untuk mengakses saluran terpilih untuk tujuan tersebut. Malah kementerian sendiri melalui laman sesawang EduWebTV( www.eduwebtv.com) menyediakan pelbagai rancangan untuk dimuat turun oleh guru dan pelajar dalam sesi P& P.memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyusun strategi kea rah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka.

Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran , kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kritis dan kreatif dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertimana yang dikehendaki dalam Falsafah pendidikan Negara.

Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta menjadikan aktiviti pembelajaran itu meyeronokkan kepada pelajar- pelajar.

sumber dari : Dr.Ismail Zain (Utusan Malaysia)

Tuesday, March 23, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2010 /2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010 / 2011 akan diadakan.
Butir -butir mesyuarat adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Mac 2010
Masa
: 8.00mlm

Tempat : Dewan Sekolah


Makan malam akan disediakan untuk para hadirin pada 7.15 malam. Semua ibu bapa dan penjaga adalah dijemput hadir.


p/s : Semua waris kepada murid yang menerima Bantuan PIBG untuk yuran Kelas Komputer / yuran Kelas Bimbingan PIBG diwajibkan hadir.

What is ETeMS?

ETeMS has been proposed as an urgent interim measure to ensure that teachers of mathematics and science (MST) will have basic capacity to use English as the medium of instruction. Bearing in mind the limited duration of interaction, ETeMS is not to be regarded as a complete language development course, but rather, one of several support mechanisms introduced by the Ministry of Education to encourage the MST to further develop their English language competence to a level that will engender optimal performance in and outside the classroom.

The overall aim of ETeMS...

  • To enhance the English language skills of Mathematics and Science teachers to enable them to reach effectively using English as the medium of instruction.
note : The person incharge for school ETeMS is : Pn.Gan Su Wah

Monday, March 01, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua....
 

SJK (C) SHANG CHENG | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates