Monday, February 01, 2010

SEJARAH SEKOLAH

1923 - Sebuah sekolah ditubuhkan di LC 36, Jalan Lunas. Pada mulanya dikenali sebagai "Sekolah Chung Hua " .Hanya terdapat seorang guru dan 14 orang murid sahaja.Perbelanjaan ditanggung oleh penduduk tempatan.Beberapa tahun kemudian, perselisihan faham berlaku antara dua pihak mengakibatkan wujudnya sebuah Sekolah Kong Li yang beralamat di LC34 Jalan Lunas ,Padang Serai.

1946- Selepas Perang Dunia ke-2, kata sepakat telah diambil untuk mencantumkan kedua-dua buah sekolah dan dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Shang Cheng. Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah En.Tan Tiong Chin.

1947- Sebidang tanah seluas 2 ekar telah dibeli oleh Lembaga Pengurus Sekolah untuk membina bangunan baru.

1948 - Sekolah telah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan pda 28 Januari.

1950 - 7 buah bilik darjah telah siap dibina. Sekolah dijalankan pada sesi pagi dan petang.

1958- 8 buah bilik darjah lagi dibina. Sekolah dijalankan pada sesi pagi sahaja.

1974- Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) sekolah ditubuhkan. Pengerusi yang pertama ialah En.Sim Chai Hin.

1984- Dewan sekolah serbaguna siap dibina.Tabung Pendidikan Sekolah telah ditubuhkan di bawah pimpinan En.Boey Soo Ching. Tabung itu ditubuhkan untuk menjaga kebajikan murid dan membantu sekolah.

Sepuluh tahun kemudian bangunan 2 tingkat dan 4 bilik khas (makmal komputer , perpustakaan ,pusat sumber sekolah dan bengkel kemahiran Hidup) siap dibina. Projek membangunkan sekolah berterusan sehingga sekarang. Kini bangunan baru sedang dibina dan masih dalam pembinaan.

No comments:

 

SJK (C) SHANG CHENG | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates